Skip to main content

Posts

Menyukat Air Untuk Beras

Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebut dengan jari. Kemudian masukkan air pula yang jumlahn sukatannya sama dengan sukatan beras.
Recent posts

Hilangkan Gam Sticker

Cuba dengan menggunakan spray anti karat atau dalam bahasa saintifiknya WD-40. Spray sikit dan sapu pakai kain kesan gam tu terus hilang dengan mudah. Gosok hingga tanggal semua gam tu. Boleh cuba petua ni dirumah.

Kelapa Isi Tebal

Pilihlah kelapa yang agak bujur seperti telur ayam. Ataupun tempurung jantannya agak lonjong. Itu tanda kelapa tebal isinya.

Khasiat Hampas Kelapa

Untuk menyuburkan tanaman seperti pokok limau kerisik, pokok jambu atau pokok cili. Taburkan hampas kelapa pada pangkal pokok tersebut. Selain cepat subur, pokok akan selalu berbuah.

Hilangkan Gatal Keladi

1. Potong batang keladi dan rendamkan dalam air yang dicampur isi buah pinang. Biarkan seketika. Kemudian cuci bersih dan bolehlah dimasak 2. Rebus keladi yang telah dipotong sehingga separuh masak. Toskan airnya. Kemudian masak mengikut kesukaan anda.

Daun Kunyit

Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.

Memanaskan Badan

Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.