Skip to main content

Menghalau Semut


Bakar kulit telur sehingga menjadi abu. Taburkan abu kulit telur di tempat yang selalu dikerumuni semut.

1. Ambil beberapa helai daun sirih. Koyak-koyakkan dan taburkan di tempat-tempat yang biasa dikerumuni semut.
2. Letakkan beberapa tangkai cili kering di celah-celah kabinet dapur terutama di tempat gula dan susu.
3. Masukkan lima tangkai bunga cengkih ke dalam bekas gula. Biarkan ia beberapa minit. Selepas itu pasti anda mendapati gula tersebut tidak dikerumuni semut.

Comments

Popular posts from this blog

Hilangkan Gatal Keladi

1. Potong batang keladi dan rendamkan dalam air yang dicampur isi buah pinang. Biarkan seketika. Kemudian cuci bersih dan bolehlah dimasak 2. Rebus keladi yang telah dipotong sehingga separuh masak. Toskan airnya. Kemudian masak mengikut kesukaan anda.

Membersihkan Tekat Benang Emas

Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

Mengembalikan Rasa Sedap Tempoyak Masam

Ketika memasak tempoyak sama ada dengan ikan atau bahan-bahan lain, campurkan dengan serai yang dititik dan daun kunyit. Jika suka, anda boleh juga mencampurkan pati santan. Rasa tempoyak itu akan kembali sedap. Insya-Allah...