1. Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. 2. Kemudian keluarkannya. 3. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.
Ketika memasak tempoyak sama ada dengan ikan atau bahan-bahan lain, campurkan dengan serai yang dititik dan daun kunyit. Jika suka, anda boleh juga mencampurkan pati santan. Rasa tempoyak itu akan kembali sedap. Insya-Allah...
1. Potong batang keladi dan rendamkan dalam air yang dicampur isi buah pinang. Biarkan seketika. Kemudian cuci bersih dan bolehlah dimasak 2. Rebus keladi yang telah dipotong sehingga separuh masak. Toskan airnya. Kemudian masak mengikut kesukaan anda.
Jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.
Dtg amik petua tq
ReplyDelete