Kentang enak dimakan tanpa dikupas kulitnya. Gosok kentang dengan hampas kelapa hingga kulitnya bersih. Kemudian cuci dan masukkan ke dalam masakan atau digoreng begitu sahaja.
Ketika memasak tempoyak sama ada dengan ikan atau bahan-bahan lain, campurkan dengan serai yang dititik dan daun kunyit. Jika suka, anda boleh juga mencampurkan pati santan. Rasa tempoyak itu akan kembali sedap. Insya-Allah...
1. Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span. 2. Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan. 3. Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.
Jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.
Comments
Post a Comment